Stripview

0 ThumbsUp

HIKMAH BERSAHUR

eynachan on 3. Aug, 2011 — Lang: English

HIKMAH BERSAHUR
  • Description

    Kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk menambah tenaga bagi menguatkan badan, mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu, ia adalah satu sunnah Nabi apabila kita melakukannya akan memberi peluang kepada kita mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, peluang untuk berdoa di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.

    Transcript

    Expand

    Hurm...laparnye... bile la dapat berbuka ni..

    Adehh.. baru pukul 2:30?? Nape aku rase masa berlalu dengan lambat?? Arghh!

    Hello brader.. Apsal monyok semacam je ni??

    Sebab aku posa la aku monyok je ni.. Ko plak nape ni? Dari tadi asek tersengeh je. Pose ke tak nih?

    Haha.. soalan apekah ni?? Of cos la aku posa.

    Tapi cube tengok aku..posa2 pun ceria je. Bukan macam kau. Monyok je 24 jam. Cubalah bersemangat sket.

    Nak wat camne.. da perut aku lapar sangat da ni.. nyesal plak tak bangun sahur tadi. Isk..isk..

    Tu la kau..aku kejut ko bangun sahur tadi ko taknak bangun.. Ko tau kan hikmah bersahur ni?

    Sahur merupakan antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam.

    Nabi saw telah bersabda:
    “Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
    (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dalam hadis lain, Nabi bersabda:
    “Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
    (Hadis Riwayat Ahmad)

    So pentingnya bersahur ni untuk umat Islam sebab ia bukan sahaja mengikut sunnah Nabi, ia juga dapat menambah kekuatan fizikal dan kecergasan serta dapat mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan rasa lapar.

    Hurm..yela.. Lepas ni aku bangun sahur..

Sign in or register to comment.

Comments

  • eynachan 3.8.2011
    my first comic strip using this stuff!! ^^

Displaying 1 out of 1 comments.